Ahad, 31 Julai 2011



salam,


WELCOME RAMADHAN' insyaallah,esok kita akan menyambut bulan puasa yang penuh dengan keberkatan.kepada umat islam di luar sana hargai la setiap detik dalam bulan ramadhan kerana dalam bulan ramadhan ni la ganjaran pahalanya lebih banyak.


tak sabarnya nak sambut bulan ramadhan.dalam bulan ramadhan ni la kita sebagai umat islam harus mengisi masa kita dengan ketaatan yang penuh sama ada fardhu atau sunat untuk menghiasi lagi ramadhan al-mubarak.so,sembahyang terawih yang hanya kunjung tiba dalam bulan ramadhan patut dihargai oleh umat islam di luar sana.korang tau tak banyak kelebihan dan keutamaan dalam bulan ramadhan.


    1.Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d,sabda Rasulullah:
    " Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."


    2. Hadith riwayat Ahmad dan al‐Nasa`ie, daripada Abu Hurairah. Sabda Rasulullah:
    "Puasa sebagai perisai"


    3. Hadith riwayat Ibn Majah dan al‐Hakim, daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda:
       " Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang  tidak ditolak."


    4. Hadith riwayat al‐Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat.Firman Allah  dalam hadith qudsi:
    " Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk‐ Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai   perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang."

    5. Hadith riwayat al‐Baihaqi di dalam al‐Syu`ab daripada Abu Hurairah,Rasulullah  bersabda:
    " Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa"


    6. Hadith riwayat al‐Nasa`ie daripada Abi Sa`id:
    " Siapa yang berpuasa sehari semata‐mata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun."


    7. Hadith riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al‐Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa bahawa sesungguhnya Nabi bersabda,
    "Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan"


    8. Hadith riwayat al‐Bukhari dan Muslim:
    " Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu‐pintu syurga,ditutup pintu‐pintu neraka dan diikat syaitan‐syaitan."


    9. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al‐Sunan:
    "Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu."


    p/s:miss perfume nak ucap selamat menyambut bulan ramadhan kepada teman-teman miss perfume,blogger n sesiapa yang menjenguk blog miss perfume.puasa jangan tak puasa. :)





    1 ulasan: